SEBUAH KISAH SEDIH DI 'NEGARA ISLAM'






Salamun 'alaik.

Sahabatku, kisah duka ini bukannya berlaku di Shabra, Shatila mahupun di kem-kem pelarian di Palestin yang lain. Namun kejadian yang menyayat hati ini berlaku di sebuah perkampungan orang-orang ISLAM yang dikhianati sesama agama. Sebuah siri kekejaman yang belum menunjukkan tanda kesudahannya. Mereka diperlakukan oleh penguasa yang sering melaung-laungkan 'ISLAM cara hidup kita', tapi sahabatku, inilah cara hidup mereka. Atas dasar rindu mabuk dunia, demi kepentingan kuasa dan wang, untuk sifat ananiyyah mereka, saksikan sketsa sedih ini sahabat.

p/s: Moga Tuhan ampunkan, aku, kau dan dia. Ameen.

'ALHAMDULILLAH'

Salamun 'alaik.

Puja dan puji untuk ALLAH Ta'ala, salam kasih buat Junjungan Nabi S.A.W.

Saudara, 'Alhamdulillah' akhirnya Surau Kampung Berembang, Ampang dirobohkan jua pada pagi tadi, 30 No 2006/9 Zulkaedah 1427H oleh 'tangan-tangan gatal' penguatkuasa MPAJ. Tahniah!. Usaha, jerih payah dan segala halangan yang dihadapi oleh tuan-tuan merencana dan merancang acara merobohkan surau itu amatlah dihargai. Moga Tuhan, Rabb al Jalil sahaja yang mampu 'membalasnya'. Saya penuh kepercayaan dan keyakinan bahawa semua usaha tuan-tuan ini adalah selari dengan 10 Prinsip ISLAM Hadhari.

'Alaikum assalam.

Tuhan, pimpinlah hamba MU ini,
kami buta dalam cahaya,
kami tidur dalam keterjagaan,
Tuhan...


QIYADAH RUHIYYAH I

Salamun 'alaik.

Bila aku hilang sifat kehambaan,
aku tinggalkan Tuhan
aku tinggalkan Nabi
Lalu hatiku mabuk cinta dunia
Tuhan, pimpinlah aku...

TOL NAIK LAGI

Salamun'alaik.

Saudara, TOL (bukan Tinta Orang Lama-TOL kolum tulisan Pak Nora dalam majalah ANIS) tapi bayaran perkhidmatan lebuhraya naik lagi mulai Januari 2007 . Alhamdulillah, terima kasih atas bonus sempena tahun baru 2007 juga sempena Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia yang ke 50!

LENYAPKAN MEREKA KE SYURGA!!!

Salamun 'alaik.

Keangkuhan manusia kadang kala menyebabkan mereka hilang akal dan tidak sedarkan diri apabila berkata-kata. Sifat angkuh tidak selayaknya berada dalam diri manusia sebaliknya sifat ini adalah hak milik ALLAH Ta'ala sahaja. Kepada yang angkuh berkata-kata, silalah. Moga tuan bakal merasai sesuatu yang tidak pernah tuan rasai. Apa rasanya? Itu terpulang kepada ALLAH Ta'ala sahaja, kerana DIA(CINTA) lebih mengetahui daripada hamba.

Ini adalah petikan laporan berita daripada salah satu agensi berita tempatan:

Di Baitulmaqdis, Timbalan Perdana Menteri Israel, Avigdor Lieberman mencadangkan supaya rejim Zionis itu membunuh kepimpinan Hamas. Beliau juga mencadangkan supaya Tel Aviv tidak berhubungan dengan Presiden Palestin Mahmoud Abbas dan melupakan saja proses damai.

“Mereka semua harus dilenyapkan ke syurga. Kita tidak lagi boleh kompromi,”
katanya dalam satu wawancara dengan radio Israel. – Agensi

K.A.S.E.H II

Assalam 'alaikum. Alhamdulillah, sudah seminggu berlalu program K.A.S.E.H II anjuran WAMY dan PAKSI. Program yang bertempat di Bukit Ekspo UPM ini adalah program berbentuk kem ibadah dan santai untuk pelajar-pelajar sekolah rendah. Moga pengisian yang diterima oleh adik-adik peserta akan memberi manfaat serta meninggalkan kesan mendalam dihati mereka. Jumpa lagi di program K.A.S.E.H III!!!

p/s : Segar dalam ingatan wajah-wajah bersih adik-adik peserta sambil melagukan nasyid 'Anak Soleh' daripada kumpulan UNIC.

Anak Soleh - UNIC

Sifat anak yang soleh
Mentaati ibu ayah
Tidak membantah
Malah mentaatinya (2X)

Halus peribadinya
Mencontohi Rasulullah
Tingkah lakunya dijaga
Akhlak dipelihara
Segala amalan dijaga
Hanya kerana yang Esa

C/o
Hormat pada yang tua
Kasih pada yang muda
Sayang pada ibu ayah
Dan juga keluarga
Hidupnya rajin berusaha
Tidak pernah berputus asa
Di dalam kehidupan penuh pancaroba

Tiada cinta di hatinya
Hanyalah cinta Allah
Ada rasa rindu
Hanyalah untuk Rasulullah
Kasih dan sayang
Hanyalah pada ibu ayah
Hormat menghormati sesama insan berbudi
Guru dan teman-teman
Sentiasa dikasihi
Itulah di antara sifat anak-anak yang soleh


SEBUAH PENGHARGAAN BUAT RAKYAT TERCINTA

Salamun 'alaik. Teman, jerih payah rakyat bersama membangun dan memacu ekonomi negara, akhirnya mereka dihadiahkan dengan sebuah sketsa 'nakal' (meminjam kata-kata Adun Pekan) oleh PBT. Terima kasih! (bacalah dengan nada sinikal)

Petikan daripada mesej yang diforward kepada ahli yahoogroups:

[forkad] Fwd: Bantuan Untuk Mangsa Perobohan Kg. Berembang

Salam kepada semua :
Diperlukan dengan segera bahan-bahan makanan seperti beras, gula, susu, tepung, biskut dsb untuk mangsa perobohan rumah-rumah peneroka bandar di Kg. Berembang, Ampang.
Sumbangan tuan/puan bolehlah dihantar terus kepada Pusat Khidmat Masyarakat Ampang di No. 47, Jalan Dagang 8, Taman Dagang Jaya, Ampang. (03-4293 4371)
Atau telefon terus Hajjah Rohainah di 013-340 7441 atau Sdra. Samsurijal di 013-273 0388.
Satu solat hajat akan dilakukan di Surau Kg. Berembang malam ini, 23 November 2008, selepas solat Isyak berjemaah. Surau itu akan dirobohkan oleh MPAJ dalam masa yang terdekat.

TEMAN, AYUH BERKONGSI RASA...

Assalam 'alaikum. Teman, umat ISLAM kian hari terhimpit, terhimpit antara hempedu dan racun. Mana satu yang harus dipilih. Ikuti luahan rasa teman-teman ahli forkad yahoogroups:

Luahan I

Sedihnya.... ...... org Islam je kena mengalah... Aku
rindukan pemimpin sehebat Rasulallah SWT.. sahabat
segagah Umar..

Luahan II

I repeat ..TEKANAN HANYA UNTUK ORANG ISLAM.


Luahan III
Subject
Re: [forkad] SMS Raja Sherina vs Paderi Yang
Memurtadkan Azlina Jailani

tangkap raja sherina, lepaskan padri, roboh rumah di
kg berembang..
dah jenuh cari point utk bersangka baik dgn kerajaan
hadhari ni, tak jumpa
jugak...

Luahan IV
Assalamualaikum,

Bandingkan tindakan pantas pihak berkuasa untuk
mencari penghantar SMS
mengenai Dato Azhar Mansur vs tindakan pihak
berkuasa untuk mencari paderi
gereja yang memurtadkan Azlina Jailani walaupun
sudah sekian lama laporan
polis mengenai paderi ini. Ataupun nasib paderi ini
akan lepas bebas
begitu sahaja tanpa tindakan apa-apa.

Malang benar menjadi rakyat Islam Malaysia yang
sering tersisih bukan
kerana tindakan pihak berkuasa yang tidak cekap
tetapi pihak berkuasa
hanya memandang sepi perbuatan rakyat Malaysia yang
bukan Islam bukan
sekadar mencuba, tetapi TELAH pun berjaya
memurtadkan seorang Islam.
Paderi ini sudah tentu lepas bebas tanpa sebarang
tindakan. Kenapa pihak
berkuasa ( seperti kes SMS ) tidak bertindak tegas?
Adakah sesuatu yang
menghalang pihak berkuasa untuk terus mendakwa
paderi berkenaan?

Gambar Raja Sherina telah pun diedarkan. Bila pula
gambar paderi yang
memurtadkan Azlina Jailani aka d iedarkan untuk
tatapan umum?

p/s : Semua kenyataan yang dipaparkan dalam blog ini adalah untuk tatapan bersama. Kenyataan yang disiarkan tidak mengalami sebarang perubahan daripada kenyataan asal yang diperolehi dari forkad yahoogroups.

PUISI KEMALA

malam & subuh
ratib & zikir
sambungkan benang ukhwah
tatap cahaya diri
di kolam batini
suaraMU. sayu merayu, KEKASIH

Kemala
29.11.81

SEMINGGU YANG LALU

RABU / 15 NOV
Taklimat Fasilitator KASEH II bertempat di PAKSI

JUMAAT / 17 - 19 NOV
Program KASEH II berlangsung dengan jayanya di Bukit Ekspo, UPM. Program ini adalah anjuran WORLD ASSEMBLY OF MUSLIM YOUTH (WAMY) dan PUSAT PEMANTAPAN AKADEMIK DAN SAKHSIAH ISLAM (PAKSI).

AHAD - SELASA / 19 - 21 NOV
ASA live in Serdang.

RABU / 22 NOV
I'm waiting for Master result from GSO, UPM.

MANIS SENYUMAN, SANTUN BUDI

Dunia terkejut dan terkedu apabila kes pembunuhan secara kejam Altantunya dilakukan oleh rakyat Malaysia. Lazimnya, orang Malaysia dikalangan pelancong asing terkenal dengan manis senyuman dan santun budi pekerti. Namun kini, perlu difikirkan apa slogan itu perlu ditarik balik atau bagaimananya...

Ke mana hala tuju sebenar pembangunan modal insan negara yang dulu hangat diperkatakan?

Ayuh fikirkan...

PERINGATAN UNTUK BEBERAPA PERKARA

> Siapkan simulasi Non Newtonian Flow - Ash Melting secepat mungkin
> Buat persediaan untuk sambung MSc
> Persediaan menghadapi K.A.S.E.H II

ISU-ISU MUTAKHIR

I. Polemik berkenaan pengggunaan Bahasa Inggeris bagi subjek Matematik & Sains.

II. Kes pembunuhan kejam seorang model dari Mongolia, Altantuya @ Aminah Abdullah, 29. Berikutannya, penangkapan seorang tokoh berprofil tinggi, Abdul Razak Abdullah Baginda, penganalisis politik terkemuka bagi membantu siasatan.

III. Badan Perhubungan UMNO Johor, melalui pengerusinya mengambil keputusan membantah pengajaran Sains & Matematik dalam Bahasa Inggeris.

IV. Kes yang masih panas, isu Datuk Zakaria, ADUN Klang yang tidak penat-penat menimbunkan harta.

V. Tayangan BILUT berakhir semalam.