Peluru Hidup

Nampak gayanya negara kita Malaysia mungkin akan menjadi juara tidak lama lagi. Ini kerana anggota keselamatan telah, sedang dan akan bersedia untuk menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan mana-mana demonstrasi umum. Ini telah dibuktikan dengan kejadian yang berlaku di Batu Burok Terengganu dimana dua orang peserta demonstrasi telah ditembak dengan peluru hidup sehingga dimasukkan ke wad kecemasan.

Istilah peluru hidup adalah bersangkutan dengan mana-mana peluru (.22, .38, .357, .44, .45, 9MM, 5.56MM atau 7.62MM) iaitu mana-mana peluru yang biasa digunakan oleh anggota keselamatan sama (unit pejalan kaki) sama ada dari material plumbum atau timah bersalut tembaga. Jenis-jenis peluru hidup ini sememangnya ada dalam simpanan serta kegunaan anggota keselamatan. Ianya berlainan sekali dengan istilah peluru getah yang biasanya diperbuat daripada komposit khas yang boleh beroperasi dalam suhu -50 darjah Celsius sehingga 100 darjah Celsius. Peluru getah biasanya bersaiz 7.62MM, .50 Kaliber atau 12 Gauge (peluru penabur).

Oleh kerana anggota keselamatan kita jarang mendapat peluang untuk melepaskan tembakan (semasa beroperasi) sehinggakan ada anggota polis yang sepanjang hidupnya tidak pernah melepaskan tembakan selain dari masa latihan atau pertandingan. Oleh yang demikian, tindakan menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan peserta demonstrasi telah memberikan peluang untuk anggota Polis mengadaptasi penggunaannya. Untuk pengetahuan semua, biasanya anggota keselamatan anti rusuhan dibekalkan dengan cota (besi atau kayu) siap dengan perisai komposit serta pad keselamatan pada lutut, siku dan bahu serta ada yang memakai baju kalis peluru.

Untuk itu adalah digalakkan kepada anggota Polis agar pada setiap masa menyuraikan peserta demonstrasi menggunakan peluru hidup dan menembak kepada mana-mana peserta yang mereka rasakan perlu untuk ditembak.

Jika pada setiap kali demonstrasi diadakan ada yang akan menjadi mangsa tembakan peluru hidup, saya rasa pada akhirnya tiada siapa yang akan berdemonstrasi kerana takut menjadi mangsa peluru hidup. Secara otomatisnya tidak pihak yang akan menganjurkan demonstrasi dimasa akan datang.

Kepada anggota keselamatan, saya ingin nasihatkan anda untuk menembak pada bahagian badan yang kritikal (dada atau anggota sulit) setiap kali anda melepaskan tembakan. Dengan cara ini, akan kuranglah peserta demonstrasi yang ingin menjadi juara pada setiap masa. Namun semua ini hanyalah boleh digunakan pada siri-siri demonstrasi yang dianjurkan mana-mana parti pembangkang, penduduk setinggan atau para pekerja yang berpiket.

Anda sama sekali tidak wajar menggunakan perkara yang sama (menembak dengan peluru hidup) pada mana-mana siri demonstrasi yang dilakukan oleh para penternak babi dan sebagainya. Ini kerana penternak babi akan menggunakan babi sebagai perisai mereka dan ini akan mencederakan atau membunuh babi sekiranya anda menggunakan peluru hidup. Untuk kes ini, anda digalakkan menggunakan senjata “Paintball” untuk mengurangkan risiko babi cedera atau mati.

Oleh itu kesimpulannya ialah;

1. Peluru hidup perlu digunakan untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan parti pembangkang, para pelajar, penduduk setinggan, piket kesatuan sekerja atau mana-mana perhimpunan yang anda (Pihak Keselamatan serta Kerajaan) klasifikasikan sebagai merbahaya waima ianya dibuat oleh kanak-kanak sekolah. Mana-mana rundingan tidak perlu diadakan dengan penganjur demonstrasi dan tidak perlu penjelasan serta pampasan diberikan kepada pihak yang tercedera.

2. Peluru getah atau peluru cat (paintball) perlu digunakan (dengan mendapat kelulusan khas) untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan oleh para penternak babi dimana-mana lokasi di Malaysia. Jika boleh adalah perlu untuk diadakan rundingan secara baik dengan para penternak babi dan tidak sama sekali boleh digunakan penyelesaian secara kekerasan. Malah pampasan perlu disediakan jika terdapat mana-mana babi yang tercedera atau mati atas sebab demonstrasi ini.

p/s: Sinikal ketuaperusuh.wordpress.com

Marhaban Ya Ramadhan, ('',)


Apakah yang terlintas di fikiran kita apabila muncul bulan Ramadhan? Ibadah atau amalan semasa berpuasakah, persiapan raya atau lainnya? Jarang kedengaran di kalangan umat Islam membuat persiapan ibadah untuk menyambut bulan Ramadhan seperti membeli telekong baru, songkok atau sejadah khusus untuk digunakan beribadah sepanjang Ramadhan. Begitu juga ulangkaji tentang ibadah-ibadah yang akan dilakukan. Terdapat pula di kalangan kita yang tidak senang dengan kehadiran bulan ini. Bulan ini benar-benar membebankan bagi mereka. Mungkin kerana sebahagian aktivitinya tidak dapat dilakukan seperti biasa. Masih terdengar lagi kata-kata ustaz atau tok-tok guru, Ramadhan bulan rahmat dan keampunan, bulan ganjaran, pahala berlipat ganda, bulan mendisiplinkan diri dan berbagai lagi. Bagi orang yang beriman, bulan Ramadhan sentiasa ditunggu dan dirindui kerana mengharapkan peluang mendapat rahmat dan keampunan ALLAH. Tetapi bagi yang kurang beriman, Ramadhan itu benar-benar bulan menyiksakan. 30 hari dirasakan 30 tahun. Ini kerana mereka tidak bebas untuk makan dan minum di khalayak ramai. Bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa kedudukannya kerana selama sebulan penuh bermula dari hari pertama hingga hari terakhir bulan ini dikenali sebagai bulan ibadah. Apa sahaja yang dilakukan dalam bulan ini dikira ibadah hatta tidur pun dikira ibadah. Tetapi dengan syarat niat tidur kerana Allah seperti tidur siang dengan harapan dapat bangun malam untuk melakukan qiamullail. Bulan Ramadhan menjadi pengukur keimanan seorang hamba ALLAH sebab peraturannya yang wajib dilaksanakan benar-benar mencabar fitrah semula jadi atau naluri manusia yang sentiasa ingin makan dan minum. Begitu juga dengan larangan bercampur suami isteri di siang hari, serta menjauhi segala perbuatan yang membatalkan puasa. Sakit pula seperti gastrik contohnya, sering dijadikan alasan untuk meninggalkan ibadah puasa yang wajib dilaksanakan selama sebulan sedangkan ALLAH SWT telah memberi kita ruang yang cukup luas iaitu 11 bulan dalam setahun untuk makan dan minum sepuas-puasnya. Di samping itu, perlu dijelaskan bahawa walaupun sakit mereka mesti berazam dan berusaha untuk berpuasa. Bukan bila sakit sahaja terus meninggalkan puasa. Hatta orang yang terlalu tua dan lemahpun mereka mesti tanamkan semangat dalam dirinya, wajib berpuasa sekadar kemampuan yang boleh walaupun setengah hari. Sesungguhnya pahala puasa dan amalan-amalan di bulan Ramadhan adalah jauh lebih baik dari bulan-bulan yang lain. Oleh itu tidak wajar kita meninggalkan puasa kerana sakit. Semangat atau daya juang yang tinggi boleh mengatasi rasa lapar. Inilah dinamakan jihad untuk melawan hawa nafsu. Kalau kita rasa tidak boleh laksanakan puasa sudah tentu tidak boleh puasa. Dalam hal ini jangan berbuka puasa kecuali sakit yang boleh memudharatkan diri. Dari segi kesihatan, puasa dapat merehatkan penghadaman yang bekerja selama 11 bulan tanpa henti. Menurut pakar kesihatan bagi pengidap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi puasa bulan Ramadhan boleh menjadi ubat yang paling mujarab untuk mengubati penyakit tersebut. Oleh yang demikian, setiap individu Muslim perlu menerima tanggungjawab berpuasa sebagai suatu amalan positif yang dapat meningkatkan ketahanan fizikal, spiritual dan mental.

PERKAHWINAN

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk
mengukuhkan Iman, mencintai Tuhan dan menjadikan Syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan-bagi yang mengetahui
rahsia-rahsianya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-NYA, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput,
namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Seorang teman pernah berpesan, "Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari. Dia datangkan petir
dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar. Rupa-rupanya ALLAH nak
hadiahkan kita 'pelangi'.

p/s : Moga dipermudahkan-NYA.

MARHABAN YA RAMADHAN

Solat Tarawih

Majlis Tadarus al Quran

Jom, bersama meriahkan Ramadhan al Kareem. Moga madrasah Ramadhan menjadi medan tarbiyyah unggul buat diri ini, Insya ALLAH.

Buku Kekasih

Adat orang berkasih
Tika berjauhan gundah gulana
Menghitung waktu bilakah dapat bersua.
Kala di sisi, segenap jiwa bernyanyi ria.
Kekasih hadir mengubat banyak perkara.

Begitu ibaratnya jika buku menjadi kekasih.
Sentiasa mengerti dan memberikan harapan.
Acap kali manusia dikecewakan sesama manusia
Tetapi buku tidak pernah mengecewakan
Walau bagaimana sekalipun `dia’ dilayan.
Dia kekasih abadi bagi yang mengerti.

p/s : Petikan daripada Buku Kekasih. 'Kekasih' disini bukan bermaksud sidia, namun merujuk kepada mereka yang KASIH kepada buku, kepada 'Ilmu. Jangan salah faham ya!

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnyadosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??



Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Ihsan - SZH

..banyak yang terTANGGUH..

Salamun'alaik.

Banyak peringatan yang sepatutnya dipost ke blog tertangguh! Semacam sudah tidak peduli kepada masa.

i. Tarikh yang paling diINGATI dan sepastinya tidak akan dilupakan, 2 JUN 2007M bersamaan 16 Jamadil Awal 1428H. Moga dalam rahmat ALLAH sentiasa, ameen.

ii. 16-17 JUN 2007M, Kem Motivasi PAKSI, Ecotouria Resort, Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor.

Nanti kita kongsi la.

Wassalam.

Sepintas Lalu


5 Mei


Dapat mesej pesanan ringkas daripada seorang sahabat;
'Minta nta sampaikan KD berkenaan Jihad dan Pengorbanan dalam Amal Islamie'

Malam tersebut bergegas ke tempat kejadian.
Fisabilillah.

6 Mei

Pulang, pagi dalam keadaan hujan yang luar biasa lebat.
Sampai, kuyup dan kesejukkan.
Moga dikira sebagai amal soleh.

Jam 10.00 pagi, bersama sahabat bertolak ke Kuala Pilah dan petangnya ke Port Dickson.
Sampai TSS jam menunjukkan hampir 9.00 malam.

Aduh, letihnya...

Ingin jadi Nasrullah


Ingin jadi Nasrullah
(FAISAL TEHRANI)

Bukan puisi perang
bukan juga puisi keamanan atau
segala yang seerti dengan perdamaian
biar kita bicara dengan kejujuran
tanpa retorik atau kidung syahdu
bertangisan
sekali ini biar kita jadi penyair
dengan bom peledak, roket atau senapang
kita anggaplah dunia
tak akan kembali lagi
menjadi syurga buat merpati,
kita tulis puisi
tentang kemanusiaan yang sudah mati
tak ada harapan bangun lagi.

Jadi puisi aku ini akan bercerita tentang juang,
Apa rahsiamu Nasrullah?
Apa yang kau pupuk
pada tentera Hezbullah?
Tauhidmu sekamus dengan tauhidku
selawatmu tak juga asing daripada selawatku
jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu?

Sungguh darah al-hussein
mengalir merah
setiap harimu 'Asyura
setiap inci tanah buatmu Karbala
tidak ada ibu selain Fatimah
tidak ada Amir selain Ali
setiap tanah adalah Fadak
wajib kita tebus kembali.

Labaikka Ya Nasrallah,
Komander Imam Mahdi,
izinkan aku bersama tenteramu
andai kau ragu aku dengan peluru
mengibar bendera memadai buatku,
menuju ke Khaibar dengan teriak selawat,
doa Ahlul Bait yang menyengat
nanti kalau ditakdirkan aku mati
di medan itu,
orang akan tahu
bahawa aku bukan penyair Saqifah
aku juga tak malu menjadi Rafidhah
kita semua bangga, malah ingin turut serta
ingin jadi Nasrullah
jadi anggota parti Allah.

Tenom-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur (2-4 Ogos 2006).

p/s : Jom, bangkit!

..pesanan seorang teman...

..kita perlukan kesabaran jiwa, ketajaman minda, keterbukaan fikiran dan kebersihan hati..

salamun'alaik.

moga bermanfaat

PBAKL 2007M/1428H

Pesta Buku Antarabangsa KL 2007





Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007

27 April hingga 6 Mei 2007
Isnin hingga Khamis
(10.00 am- 7.00 pm)
Jumaat hingga Ahad; Cuti Umum
(10.00 am- 10.00 pm)
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

p/s : Jom pi! Harap berpeluang bertemu mata dengan FT. Dengar khabar beliau akan berada di tapak pesta pada 5 dan 6 Mei. Takkan lepaskan peluang!

...jom kongsi...

Bagi mengubati kesedihan kehilangan jaket kesayangan, jom kita kongsi sesuatu yang bermanfaat. Antara Pra-Syarat Kemenangan yang diperlukan dari sudut pembangunan diri ialah:

I - Mempunyai AQIDAH yang mantap
II - ILMU yang sentiasa berkembang
III - KEJIWAAN yang tinggi
IV - DAYA JUANG yang tinggi


Majlis berbuka puasa bersama sahabat

Moga bermanfaat ya. Wassalam.

HILANG!

Salamun 'alaik.

Aduh! Selesai sahaja kuliah. Terus bergegas ke tempat parkir berhampiran Surau anNur. Tidak!!! Jaket hijau kesayangan hilang diambil orang. Tuhan, dugaan berganda. Bantu hamba MU. Jika dia sudi memulangkan kembali, alangkah baiknya.

p/s : Moga ada hikmah besar disebaliknya.

TAHNIAH!

Salamun 'alaik Saudaraku.

Sekian lama tidak dapat mengemaskinikan laman blog ini. Kali ini sekadar ucapan tahniah buat Cikgu Parthiban. Tahniah ya! Moga dapat berbakti buat, (jap..berbakti sama ada buat pemimpin yang 'gila-gila' tu ke ataupun buat pendudk Ijok yang sekian lama menderita. Ya la, Ijok kan antara daerah yang paling miskin khabarnya). Tak pe. Mana-mana la ya Cikgu. Tak kisah. Buat penduduk Ijok. Anda mahu jalan raya baru ya. Tunggu lima tahun lagi bila majlis mengundi berlangsung kembali.

p/s: Buat yang Muslim, psstt..psstt nak tanya ni..'Anda pangkah sape hari tue?Nak tahu jugak'

TELADAN DARIPADA YANG BERMANFAAT

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar
bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara
am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak
berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput
yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang
paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu
tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah
rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang
lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang
berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh
perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak
perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita
sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya
walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka
barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sekian.

p/s: Ihsan seorang sahabat.

Rumi, Jalal adDin

Assalamu'alaikum

Rumi, jangan lupa ya ajar aku bagaimana berCINTA! Jangan kau buat-buat lupa. Dulu kaulah jejaka penCINTA. Rumi, kau goda DIA hingga kau mabuk dalam asyik yang gila-gila. Jiwabatinmu tenggelam timbul dalam musyahadah NYA. Hatimu asyik saja bergetar, pabila disebut nama NYA yang Mulia...