Oleh Wartawan KLpos.com | |
Rabu, 25 Julai 2007 | |
APAKAH diari merah dan apakah kuasanya? Mari kita mulakan dengan persoalan asas itu terlebih dahulu. Kata empunya cerita, diari merah merupakan jadual aktiviti dan pertemuan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ia merupakan tradisi Anwar sejak menjadi Menteri Pendidikan lagi, bahawa beliau akan menghadiri semua pertemuan atau aktiviti yang hanya terkandung dalam diari merah. Ada riwayat mengatakan, pada satu ketika diari itu dikongsi dua staf paling kanan tapi kemudiannya dibawah takluk seorang sahaja. Kononnya sesiapa pegang diari merah, dialah yang paling berkuasa di dalam pejabat Anwar. Kononnya. Sementara kini, di kalangan tiga staf kanan Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad adalah yang paling senior. Beliau bersama Anwar pada Jun 2006, anak muda lulusan King's College jurusan perundangan ini sebelumnya adalah eksekutif undang-undang di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Khabarnya, dia meletak jawatan 24 jam untuk bersama Anwar. Kata orang, kini Nazmi yang paling berkuasa di pejabat Anwar kini. Semua yang nak jumpa big boss itu kena lalu meja dia dulu. Kononnya dia pewaris baru diari merah. Bagi pembaca internet muda, nama Nik Nazmi Nik Ahmad tidak asing, dia editor laman web Suaraanum.com. Sebuah majalah web atau webzine daripada penulis-penulis muda yang percaya tentang perubahan. Yang mana ia merupakan editor bersama seorang lagi rakan CK Tan. Penulis muda di zaman gelora Ketika belajar lagi, beliau aktif menulis, samada menggunakan nama penuhnya atau nama samaran, kata seorang teman, beliau menggemari tulisan-tulisan Nazmi kerana ia penuh dengan informasi. "Agak luar biasa rasanya bagi anak muda yang semudanya (beliau lahir pada tahun 1982) tahu akan kisah-kisah klasik Yunani dan Roman, sistem politik yang mempunyai kepelbagaian bentuk dan ideologi serta kebolehan menulis yang membuatkan pembacanya tidak cepat bosan atau keliru. "Saya cukup kagum dengan segala 'database' yang tersimpan di dalam kepalanya. Perkara ini hanya dapat dilakukan dengan banyak membaca," kata Nizam Zakaria, seorang blogger yang juga rakan kepada Nazmi.
Tidak hairanlah mengapa dia merupakan calon terbaik untuk menjadi setiausaha Anwar dikalangan anak muda. Semasa beberapa staf Anwar, diketuai Khalid Jaafar memulakan pencarian calon setiausaha Anwar pada awal 2006, saya kira ada berbagai nama disebut. Senarainya panjang. Resume berjela-jela. Iyalah, bukan senang untuk mencari orang yang sesuai berada di jawatan tersebut. Konon ada sampai melobi sana sini untuk jawatan itu. Jelas sebagai setiausaha Anwar, ia merupakan anak kunci untuk mengenali tokoh-tokoh hebat dunia, paling awal mengetahui move politik sang pemimpin dan partinya, juga lain-lain. Jadi ramai yang berminat dan menawar diri. Ketika nama Nik Nazmi disebut sebagai setiausaha Anwar, semua diam, sekurang-kurangnya mereka tidak bangkang kerana tahu, anak muda ini juga bukan calang-calang pahlawan. Sebelum menyertai Anwar, Nik Nazmi dikenali dikalangan aktivis reformasi sebagai penulis kolum di Berita Keadilan, majalah Siasah, Malaysiakini bahkan pernah rencana tulisannya tersiar di Asiaweek dan beberapa majalah antarabangsa. Kelebihan utamanya adalah penguasaan baik di dalam bahasa Malaysia ataupun Inggeris. Dia boleh dikira intelektual muda dikalangan aktivis reformasi. Ketika menemuinya baru-baru ini, Nik Nazmi menceritakan cabaran yang dilalui sebagai orang kanan Anwar. Menurutnya, "Kerusi ini kerusi panas, yang paling susah adalah untuk menyusun jadual boss yang sentiasa padat." 'Penyapu baru' Jelas beliau, rutin harian di pejabat Anwar bermula jam 9.00 pagi sehingga lewat petang. "Jika Anwar ada, selepas mesyuarat harian, dia akan bertemu dengan orang sampai jam 11.00 pagi, selalunya kami hadkan kepada empat pertemuan sehari," cerita beliau. Kalau ada yang datang tidak buat temujanji dulu, selalunya Nik Nazmi yang terpaksa layan. Ada satu cerita yang popular dikalangan mereka yang rapat dengan staf-staf Anwar, kisah Nik Nazmi ketika bulan-bulan awal berkerja. Ada seorang lelaki yang datang hendak minta tolong, Anwar tidak ada ketika itu, jadi Nazmi yang melayannya, iyalah orang baru, Nazmi layan sungguh-sungguh, tidak mahu imej bossnya tercalar. Semua yang lelaki itu cakap dia catitkan dalam buku nota. Kata pembawa cerita, habis sebuku itu Nazmi tulis masalah lelaki itu, masih belum cukup, tambah buku baru pulak. Masalah tak selesai, lama-lama Nazmi kata dia ada kerja lain, nanti dia bagitahu Anwar. Lepas dua jam barulah lelaki itu beredar dari pejabat Anwar. Itu hanyalah sekelumit cerita, jika anda rajin, cuba pergi ke pejabat Anwar pada hari-hari biasa, anda akan saksikan macam-macam orang datang, ada lagi satu cerita, kisah sekeluarga dari utara yang datang hendak minta tolong dari Anwar. Mereka menaiki teksi, sampai depan pejabat bagitahu duit hendak bayar teksi tidak ada, mahu tidak mahu staf-staf Anwar yang kena tanggung, bukan sikit, dekat-dekat lima puluh juga, khabarnya. "Itu semua suka duka kami, kita tidak boleh marah, itu menunjukkan harapan rakyat kepada Anwar tetap tinggi," katanya ketika diminta mengesahkan kejadian tersebut. Tidak seperti Izzah yang petah berceramah, Nazmi lebih terlatih sebagai penulis, dia banyak diam ketika temubual ini dibuat, cakap apabila ditanya, terasa payah benar mengorek pendapat-pendapatnya. Ketika ditanya pernahkah beliau dimarahi Anwar, Nazmi tersenyum, katanya, boss beliau orang politik jadi kalau hendak marahpun ada style tersendiri. "Kalau dia telefon kita, kemudian tanya khabar, dah makan, isteri sihat, maknanya ada yang tidak kena, kejab lagi dia mula marah, kenapa salah susun jadual dan lain-lain," kata Nazmi ketawa. Menurutnya, Anwar marah tidak lama, kejab sejuklah. Dan apabila sejuk dia tidak simpan dalam hati. Semua kembali seperti biasa. Minat Hishamuddin Rais? Ditanya mengenai buku terbaru yang beliau baca, kata Nazmi, dia kini sedang menekuni Confession of Economic Hit Man oleh John Perkin, dan biografi David Cameron, ketua pembangkang British. Nazmi merupakan penulis fiksyen Jostein Gaarder yang terkenal dengan 'Sophie's World' dan 'The Ringmaster's Daughter'. Menurut Nazmi, daya penceritaannya cukup mendalam dan imaginasinya cukup hebat. Ada yang menarik lagi dalam temubual itu, sudah tentu ia dibuat semasa Nazmi masih belajar dan belum menjadi setiausaha Anwar, saya bercadang untuk berkongsi dengan pembaca klpos.com. Nizam Zakaria (NZ): Katakanlah saudara terdampar di sebuah pulau di tengah-tengah sebuah lautan luas. Anda boleh pilih seorang individu yang akan menemani saudara. Siapakah individu tersebut. Tetapi saya ingin menjadi politikus yang menganggap politik sebagai peluang untuk menyumbang, dan bukan memperkayakan diri, keluarga atau rakan mahupun untuk menyalahgunakan kuasa. Ahli politik yang tidak terlalu lama memegang tampuk kepimpinan. Politik sebagai amanah bukan peluang peribadi. Panjang lagi temubual itu, saya petik sedikit sahaja, hendak berkongsi cerita Hishamuddin Rais dan ketawa bersama Amin Iskandar yang sedang membaca tulisan ini. Kita tunggu dan lihat.. |
𝗔𝗣𝗔 SEBENARNYA 𝗔𝗗𝗔 𝗗𝗔𝗟𝗔𝗠 𝗞𝗔𝗔𝗕𝗔𝗛 ?
4 years ago
1 comments:
Baru balik dari HQ PKR...
Post a Comment