Morning Person = A beginning to success

Saya tiba2 terlintas untuk berkongsi tentang masalah tipikal yang melanda orang-orang yang bekerja sendiri dan juga orang-orang yang mempunyai waktu kerja yang fleksibel. Anda dalam kategori mana? yang bangun jam 5 pagi, 6 pagi, 7 pagi, 8 pagi, 9 pagi atau 1 tengahhari?

Selepas Tun Dr Mahathir bersara menjadi Perdana Menteri, saya pergi ke muziumnya dan beliau bangun pada jam 5.30 pagi setiap hari. Mendiang Lim Goh Tong juga bangun seawal jam 6 pagi. Kalau dilihat dari segi fizikal, orang lebih tua kurang tidur. Keperluan tidur mereka sekitar 4-5 jam sahaja. Kalau orang muda macam saya ni, masih lagi perlukan sekitar 5-8 jam tidur sehari. Tapi alhamdulillah, saya tidak lah bangun lambat. Setiap hari saya masih boleh lagi tengok sunrise.

Petua kejayaan orang2 tua-tua, kalau bangun pagi rezeki murah. Mana tak murah. Bayangkanlah rata-rata orang bangun jam 8 pagi (anda mungkin tak lah, ini orang lain). Kalau di awalkan 2 jam dan anda bangun jam 6 pagi, anda dah jimat 2 JAM! kalau bertolak ke pejabat lebih awal, tak jumpa lah kesesakan lalulintas. Anda dah jimat lagi 30 minit di situ. Jadi…inilah perkiraan saya. Perubahan sedikit ini boleh mengubah peluang kita mendapat rezeki. 2 jam setengah jimat sehari. 1 tahun kita dah berjaya jimatkan 900 jam umur kita untuk buat kerja. 900 jam ataupun 38 hari setahun kita dapat manafaatkan. Kalau kita kerja selama 50 tahun (kalau kerja sendiri lah)…kita dah jimat 5 tahun dari umur kita untuk kita buat kerja semasa.

Tak kira lagi bila kita bangun pagi, otak lagi segar dan seronoknya hati bila driving dengan 1 sunlight. Ataupun untuk saya, saya bangun dan bermain dengan Orked dan bercakap dengan isteri, bersarapan bersama pada kebanyakan hari dan kemudian buka tingkap dan pintu untuk cahaya pagi masuk. Saya selesa mulakan hari saya dengan buka laptop di rumah dan buat perancangan kerja saya untuk sehari di pejabat.

Kenapa saya cakap ini masalah tipikal?

Saya dahulu apabila berhenti menjadi pensyarah di Limkokwing pada tahun 2001, saya terasa dunia sangat bebas. Tak ada orang nak push saya bekerja dan bangun awal dan meredah traffic jam. Kesudahannya, selama 1 tahun saya menjadi orang yang PEMALAS! Saya bangun jam 12 tengahhari setiap hari dan tidur jam 3-4 pagi. Kerja simple pun berbulan2 nak siap.

Kalau orang tanya apakah perkara paling susah nak buat bila kerja sendiri. Saya akan jawap…disiplin diri itu yang paling susah orang nak buat. Kepada freelancers, orang2 yg bekerja sendiri diluar sana, jika anda baca artikel ini…anda fikir-fikirkan lah kebenarannya ek ;)

SN

Petikan daripada Guru Besar

1 comments:

Read Surah Al Fatihah said...
3:56 PM

This Is very informative content i really enjoy this Article