Sahabatku, kisah duka ini bukannya berlaku di Shabra, Shatila mahupun di kem-kem pelarian di Palestin yang lain. Namun kejadian yang menyayat hati ini berlaku di sebuah perkampungan orang-orang ISLAM yang dikhianati sesama agama. Sebuah siri kekejaman yang belum menunjukkan tanda kesudahannya. Mereka diperlakukan oleh penguasa yang sering melaung-laungkan 'ISLAM cara hidup kita', tapi sahabatku, inilah cara hidup mereka. Atas dasar rindu mabuk dunia, demi kepentingan kuasa dan wang, untuk sifat ananiyyah mereka, saksikan sketsa sedih ini sahabat.
p/s: Moga Tuhan ampunkan, aku, kau dan dia. Ameen.
Bukanlah tinggal tetap itu rehat bagi orang yang berakal dan berbudi. Maka tinggalkanlah kampung halamanmu dan pergilah mengembara. Merantaulah! Pasti akan kau temui pengganti mereka yang kau tinggalkan dan berusaha keraslah. Sesungguhnya kemanisan hidup hanya ada dalam usaha yang bersungguh-sungguh. Sesungguhnya aku melihat air menjadi cemar kerana tidak mengalir. Andai ia mengalir, pasti elok keadaannya dan andai ia bertakung, nescaya cemar jadinya. -Imam Shafie-
0 comments:
Post a Comment