TELADAN DARIPADA YANG BERMANFAAT

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar
bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar.
Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara
am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :


Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai
orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak
berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang
saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang
juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di
depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi
walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada
di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh.

Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput
yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput
yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada
banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun
terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke
belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang
paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu
tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah
rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa
dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang
lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita
sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang
berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang.
Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh
perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak
perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita
sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya
walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi.
KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka
barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di
depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Sekian.

p/s: Ihsan seorang sahabat.

0 comments: