Peluru Hidup

Nampak gayanya negara kita Malaysia mungkin akan menjadi juara tidak lama lagi. Ini kerana anggota keselamatan telah, sedang dan akan bersedia untuk menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan mana-mana demonstrasi umum. Ini telah dibuktikan dengan kejadian yang berlaku di Batu Burok Terengganu dimana dua orang peserta demonstrasi telah ditembak dengan peluru hidup sehingga dimasukkan ke wad kecemasan.

Istilah peluru hidup adalah bersangkutan dengan mana-mana peluru (.22, .38, .357, .44, .45, 9MM, 5.56MM atau 7.62MM) iaitu mana-mana peluru yang biasa digunakan oleh anggota keselamatan sama (unit pejalan kaki) sama ada dari material plumbum atau timah bersalut tembaga. Jenis-jenis peluru hidup ini sememangnya ada dalam simpanan serta kegunaan anggota keselamatan. Ianya berlainan sekali dengan istilah peluru getah yang biasanya diperbuat daripada komposit khas yang boleh beroperasi dalam suhu -50 darjah Celsius sehingga 100 darjah Celsius. Peluru getah biasanya bersaiz 7.62MM, .50 Kaliber atau 12 Gauge (peluru penabur).

Oleh kerana anggota keselamatan kita jarang mendapat peluang untuk melepaskan tembakan (semasa beroperasi) sehinggakan ada anggota polis yang sepanjang hidupnya tidak pernah melepaskan tembakan selain dari masa latihan atau pertandingan. Oleh yang demikian, tindakan menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan peserta demonstrasi telah memberikan peluang untuk anggota Polis mengadaptasi penggunaannya. Untuk pengetahuan semua, biasanya anggota keselamatan anti rusuhan dibekalkan dengan cota (besi atau kayu) siap dengan perisai komposit serta pad keselamatan pada lutut, siku dan bahu serta ada yang memakai baju kalis peluru.

Untuk itu adalah digalakkan kepada anggota Polis agar pada setiap masa menyuraikan peserta demonstrasi menggunakan peluru hidup dan menembak kepada mana-mana peserta yang mereka rasakan perlu untuk ditembak.

Jika pada setiap kali demonstrasi diadakan ada yang akan menjadi mangsa tembakan peluru hidup, saya rasa pada akhirnya tiada siapa yang akan berdemonstrasi kerana takut menjadi mangsa peluru hidup. Secara otomatisnya tidak pihak yang akan menganjurkan demonstrasi dimasa akan datang.

Kepada anggota keselamatan, saya ingin nasihatkan anda untuk menembak pada bahagian badan yang kritikal (dada atau anggota sulit) setiap kali anda melepaskan tembakan. Dengan cara ini, akan kuranglah peserta demonstrasi yang ingin menjadi juara pada setiap masa. Namun semua ini hanyalah boleh digunakan pada siri-siri demonstrasi yang dianjurkan mana-mana parti pembangkang, penduduk setinggan atau para pekerja yang berpiket.

Anda sama sekali tidak wajar menggunakan perkara yang sama (menembak dengan peluru hidup) pada mana-mana siri demonstrasi yang dilakukan oleh para penternak babi dan sebagainya. Ini kerana penternak babi akan menggunakan babi sebagai perisai mereka dan ini akan mencederakan atau membunuh babi sekiranya anda menggunakan peluru hidup. Untuk kes ini, anda digalakkan menggunakan senjata “Paintball” untuk mengurangkan risiko babi cedera atau mati.

Oleh itu kesimpulannya ialah;

1. Peluru hidup perlu digunakan untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan parti pembangkang, para pelajar, penduduk setinggan, piket kesatuan sekerja atau mana-mana perhimpunan yang anda (Pihak Keselamatan serta Kerajaan) klasifikasikan sebagai merbahaya waima ianya dibuat oleh kanak-kanak sekolah. Mana-mana rundingan tidak perlu diadakan dengan penganjur demonstrasi dan tidak perlu penjelasan serta pampasan diberikan kepada pihak yang tercedera.

2. Peluru getah atau peluru cat (paintball) perlu digunakan (dengan mendapat kelulusan khas) untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan oleh para penternak babi dimana-mana lokasi di Malaysia. Jika boleh adalah perlu untuk diadakan rundingan secara baik dengan para penternak babi dan tidak sama sekali boleh digunakan penyelesaian secara kekerasan. Malah pampasan perlu disediakan jika terdapat mana-mana babi yang tercedera atau mati atas sebab demonstrasi ini.

p/s: Sinikal ketuaperusuh.wordpress.com

0 comments: