Salam Ramadhan 1429H

Akibat terlalu mengambil mudah, saya selalunya terkejar-kejar untuk menganalisis isu-isu yang panas dan saya kira kompleks. Selalunya isu-isu sebegini saya perolehi melalui Faisal Tehrani. Dia terlalu kaya dengan ilmu dan isu. Harapan moga suatu hari nanti saya seperti dia, MENGUASAI ISU! Antara isu yang akan saya telaah nanti ialah:

1. Eksperimen Big Bang
2. Praxis
3. Hassan Hanafi
4. asSyahid Muthahari
5. Nuruddin arRaniri

Moga dipermudahkan.

The Big Bang's Experiment

Links

BBC
Times of India
Daily Mail
BBC Radio
India Times

Panduan dan Amalan Bertaubat

Imam Ghazali berkata: Jika seseorang yang bertaubat melakukan sesuatu perbuatan dosa, sama ada dilakukan dengan sengaja kerana dorongan syahwat atau dilakukan tanpa disengajakan, maka wajib baginya segera bertaubat, menyesali perbuatan tersebut dan berusaha menghapuskannya dengan melakukan kebaikan.

Seandainya jiwanya tidak membantunya untuk berazam meninggalkan perbuatan tersebut disebabkan penguasaan syahwat, maka yang demikian bererti bahawa ia telah lemah daripada melakukan salah satu daripada dua kewajiban.

Dengan demikian, tidak sepatutnya baginya meninggalkan kewajiban yang kedua, iaitu menghapuskan keburukan tersebut dengan melakukan kebaikan, yang dengannya ia telah menjadi orang yang melakukan amalan yang baik sebagai tampalan bagi amalan lain yang buruk.

Amalan-amalan baik yang dapat menghapuskan amalan-amalan buruk, sama ada dengan hati, dengan lidah atau pun dengan anggota badan. Dan hendaklah kebaikan tersebut pada tempat keburukan, dan pada yang berkaitan dengan sebab-sebabnya.

Amalan dengan hati, iaitu dengan memohon bersungguh-sungguh kepada Allah SWT agar Allah SWT mengampuni dan memaafkan, dengan penuh kerendahan hati, menghinakan diri seperti hinanya seorang hamba yang melarikan diri dengan menzahirkan kehinaan terhadap seluruh hamba Allah, iaitu dengan mengurangi kesombongannya dalam berhubungan dengan mereka, menyembunyikan kebaikan kepada sesama orang Islam dan berazam untuk taat.

Amalan dengan lisan iaitu dengan mengakui kezaliman (Kesalahan melakukan ma'siat) dengan membaca:
"Wahai Tuhanku, aku telah menzalimi diriku sendiri dan telah melakukan keburukan, maka ampunilah bagiku segala dosaku."

Di samping itu hendaklah beristighfar dengan membanyakkan pelbagai istighfar. Amalan dengan anggota badan pula adalah dengan melakukan ketaatan, membanyakkan bersedekah dan menekunkan diri dengan ibadat.

Di dalam athar, ada yang menunjukkan bahawa perbuatan dosa, jika diikuti oleh lapan perbuatan baik, maka harapan untuk dimaafkan adalah cerah, iaitu empat amalan hati dan empat amalan anggota badan.

Perbuatan yang merupakan amalan hati ialah:
Pertama: Bertaubat atau azam untuk bertaubat;
Kedua: Suka meninggalkan dosa;
Ketiga: Takutkan seksaan ke atas dirinya; dan
Keempat: Mengharapkan keampunan baginya.

Adapun yang merupakan amalan anggota badan ialah:
Pertama: Solat dua rakaat selepas melakukan dosa.
Abu Daud, Ibnu Majah, Ahmad dan Tirmizi meriwayatkan daripada Abu Bakr al-Siddiq r.a. bahawa beliau berkata:

"Aku telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Tidaklah seorang hamba melakukan perbuatan dosa, kemudian ia mengelokkan wudu dan solat dua rakaat, kemudian meminta keampunan kepada Allah, melainkan Allah pasti akan mengampuni baginya, kemudian baginda SAW membaca ayat (Apabila mereka melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri mereka sendiri, mereka mengingat Allah... dan seterusnya)".

Dalam riwayat Ibnu Murdawaihi dalam Tafsir dan Baihaqi dalam Syu'ab al-Iman daripada hadis Ibnu Abbas r.a. pula mengatakan empat rakaat.

Kedua: selepas solat hendaklah membaca istighfar tujuhpuluh kali, kemudian membaca sebanyak seratus kali:
"Maha Suci Allah Yang Maha Agung dengan segala pujian bagiNya"

Ketiga: bersedekah; dan

Keempat: berpuasa sehari.
Muslim, Tirmizi, Abu Daud dan Ahmad meriwayatkan daripada Abdullah Bin Mas'ud r.a. bahawa beliau berkata:
"Seorang lelaki telah datang kepada Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, sesungguhnya saya telah menggauli seorang perempuan di hujung kota Madinah, dan saya telah melakukan terhadapnya selain menyetubuhinya. Inilah saya, hukumlah ke atas diri saya apa yang Tuan hamba kehendaki.

Umar berkata kepadanya: Allah telah menutupi anda, jika anda menutupi diri anda sendiri.

Ia (Abdullah Bin Mas'ud) berkata: Nabi SAW tidak menjawab sesuatu, maka orang itu pun berdiri dan pergi. Nabi SAW menyuruh seseorang mengikutinya dan memanggilnya, dan membacakan kepadanya ayat ini(Tegakkanlah solat pada dua tepian siang dan pada waktu mendekati malam. Sesungguhnya kebaikan menghapuskan kejahatan. Yang demikian sebagai ingatan bagi orang-orang yang mahu beringat).

Maka salah seorang telah bertanya: Wahai Nabi Allah, adakah ini khusus baginya?

Baginda menjawab: "Bahkan bagi semua manusia."

Tirmizi dan Ahmad meriwayatkan daripada Mu'az Bin Jabal r.a. bahawa beliau berkata:
"Seorang lelaki telah mendatangi Rasulullah SAW dan berkata: Wahai Rasulullah, apa kata tuan hamba mengenai seorang lelaki yang telah menemui seorang perempuan yang tidak dikenalinya, kemudian tidak ada sesuatu yang dilakukan oleh seseorang terhadap isterinya melainkan ia melakukannya terhadapnya, hanya sahaja ia tidak menjimaknya?"

Beliau (Mu'az) berkata: Maka Allah Azza Wa Jalla telah menurunkan ayat yang bermaksud(Tegakkanlah solat pada dua tepian siang dan pada waktu mendekati malam. Sesungguhnya kebaikan menghapuskan kejahatan).

Beliau berkata: Rasulullah SAW bersabda kepadanya: Berwudu'lah, kemudian solat. Mu'az berkata: Aku bertanya: Wahai Rasulullah, adakah ia khusus baginya atau bagi kaum mukminin umumnya?"

Baginda bersabda: Bahkan bagi kaum mukminin umumnya".

Hadis tersebut menunjukkan bahawa menggauli perempuan, selain zina, termasuk dosa kecil yang terhapus oleh amal kebajikan.

Muslim dan Ahmad meriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda:

"Solat yang lima waktu, Jumaat ke Jumaat dan Ramadhan ke Ramadhan menghapuskan dosa-dosa yang dilakukan di antara waktu-waktu tersebut, selama dihindari dosa-dosa besar".

Dalam keadaan bagaimanapun seseorang yang bertaubat mestilah menghisab dirinya setiap hari dan berusaha menghapuskan setiap dosa dengan hasanat.

Mengenai istighfar, bukanlah istighfar yang hanya dengan lisan, yang dianggap oleh sebahagian ulama sebagai taubat al-kadzdzabin (taubatnya para pendusta), yang berhajat kepada istighfar yang banyak, sebagaimana dikatakan oleh Rabi'at al-Adawiyah.

Tetapi yang dimaksud adalah istighfar yang disertai kesungguhan hati memohon keampunan kepada Allah SWT dengan merendahkan diri, dengan niat yang ikhlas dan keinginan yang benar.

Istighfar yang demikianlah yang boleh menghapus dosa kejahatan, dan istighfar itu pula yang dimaksud dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Daud dan Tirmizi daripada Abi Bakar r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:
"Tidaklah dianggap sebagai orang yang berketetapan hati untuk terus mengerjakan (ma'siat) orang yang beristighfar, meskipun ia mengulangi dalam sehari tujuh puluh kali.

Tetapi, menurut pandangan Imam Ghazali, istighfar dengan lisan juga merupakan kebaikan, kerana gerakan lisan dengan istighfar, walaupun dengan kelalaian hati,adalah lebih baik daripada gerakan lisan dengan mengumpat atau bercakap lebih, bahkan baik daripada diam.Ia dianggap kurang jika dibandingkan dengan amalan hati.

Ketika seseorang berkata kepada gurunya, Syaikh Abi Uthman Al-Maghrabi: Lidahku sering berzikir dan membaca Qur'an, sedang hatiku dalam keadaan lalai.

Beliau menjawab: Bersyukurlah anda kepada Allah, kerana Allah menggunakan salah satu anggota anda dalam kebaikan dan membiasakannya berzikir, dan tidak menggunakannya dalam keburukan dan tidak membiasakannya dalam bercakap lebih.

Imam Ghazali menyatakan bahawa apa yang dikatakan oleh beliau adalah benar. Sesungguhnya membiasakan anggota-anggota badan dalam kebaikan sehingga menjadi seperti tabiat baginya boleh mencegah sejumlah ma'siat.

Orang yang membiasakan lidahnya beristighfar, apabila mendengar kedustaan daripada seseorang maka lidahnya beristighfar, apabila mendengar kedustaan daripada seseorang, maka lidahnya akan segera mengatakan: AstaghfiruLlah.

Tetapi orang yang membiasakan cakap lebih, lidahnya akan segera mengatakan: Alangkah bodohnya anda, alangkah buruknya kedustaan anda.

Orang yang membiasakan isti'adzah, apabila diceritakan tentang kemunculan gejala-gejala buruk daripada seorang yang jahat, lidahnya akan segera mengatakan: Na'udzu biLlah.

Tetapi orang yang membiasakan cakap lebih, lidahnya akan segera mengatakan: Semoga Allah melaknatnya.

Antara kedua ucapan tersebut terdapat perbezaan. Yang pertama memperoleh kebaikan sebagai kesan membiasakan lidahnya dalam kebaikan, sedang yang kedua sebaliknya.

Mengenai ucapan Rabi'at al-Adawiyah bahawa istighfar kami berhajat kepada istighfar yang banyak, janganlah disangka bahawa beliau mencela gerakan lisan dari segi bahawa ia adalah dzikruLlah, tetapi beliau mencela kelalaian hati, dan kelalaian hati inilah yang berhajat kepada istighfar yang banyak. Kerana, seandainya lidahnya diam, maka ia berhajat kepada lebih banyak istighfar lagi.

oleh Prof Madya Dr Musa Fathullah Harun

Kematian dan Ramadan

Petikan daripada harakahdaily.com

Ahmad Lutfi Othman

Ramadan datang lagi. Alhamdulillah kita sempat menyapa dan mendakapinya penuh erat. Ia kurniaan Ilahi maha hebat, cukup sempurna, menyejukkan gelisah, mententeramkan resah.

Awalannya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirannya bebas dari api neraka. Masya-Allah.

Namun, ini mungkin Ramadan terakhir buat kita. Penghujung nyawa adalah rahsia. Renungilah.

Berapa ramai anggota keluarga terdekat dan teman rakan, yang bersama kita Ramadan setahun lalu, kini tiada lagi, tidak sempat untuk menikmati ujian dan menjalani tarbiyah dalam madrasah penuh pengorbanan ini.

Justeru jangan terleka. Peluklah dengan penuh kecintaan - setelah rindu yang amat sangat terlerai sudah - Ramadan yang sarat dengan keberkatan ini. Pintu-pintu syurga terbuka, pintu-pintu neraka ditutup, syaitan terbelenggu. Hamparan ketakwaan dibentang seluas-luasnya.

Detik nafasmu adalah ibadah. Tidur rehatmu adalah ibadah. Apa lagi dengan bertadarus, menyantuni anak yatim, menyempurnakan silaturrahim, membela golongan tertindas, bersedekah, memuliakan ibu bapa, mengasihi orang tua, membantu golongan tidak berupaya, menyediakan bahan berbuka, selain berdoa dan memanjangkan sujud, serta menghidupkan malam dengan munajat dan taubat selepas bertarawih, sementara menanti malam seribu bulan.

Menghampiri Ramadan kerap mengingatkan saya tentang pemergian secara tiba-tiba buat selama-lamanya, jantung hati kami sekeluarga, Nurul Syafiqah, pada pagi 1 Ramadan, jam 8.15, tiga tahun lalu. Dalam usia 11 tahun, kematian Syafiqah, anak kedua kami, cukup meremukkan hati; mencampakkan saya, isteri dan empat anak yang lain ke penjuru satu dunia berbeza.

Ternyata kasih sayang buat anak kecil darah daging sendiri begitu luar biasa, tertanam jauh di dalam kalbu, menyelinap setiap denyut nadi.

Ya, Ramadan dan kematian menjadi cukup intim, saling mengingatkan, walaupun selalunya peringatan itu mudah dilupakan. Khabar kematian sering mengejutkan. Debarannya keras sekali.

Hentakannya boleh memutuskan angan-angan. Sayang, insan selalu alpa. Kematian anak kecil, apa lagi yang tidak didahului dengan sakit memanjang, lebih "istimewa" berbanding kehilangan ibu atau ayah, atau keluarga terdekat lainnya.

Ia memang menyesakkan nafas, membuntukan fikir, namun secara misteri mudah menyuntik rasa sedar-insaf bahawa panggilan Ilahi bisa datang secara tiba-tiba, tanpa bertanyakan apakah persiapan sudah beres atau masih khayal dengan hal duniawi yang tidak berkesudahan.

Benar sekali sabda nabi. Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati. Rasulullah pernah ditanya tentang orang Mukmin yang paling mulia, maka jawabnya adalah orang yang paling baik akhlaknya.

Ditanya lagi, orang Mukmin mana yang paling beruntung atau cerdas, maka jawab baginda, mereka yang paling banyak mengingati mati dan mempunyai bekal yang banyak untuk menghadapi kematian.

Ramadan menjanjikan gandaan pahala, menghaluskan jiwa dan mendorong untuk melakukan amalan kebajikan. Manakala mengingati kematian menyebabkan seseorang menyegerakan taubat, rendah hati dan rajin beribadah. Namun Ramadan bukan pula membungkus seseorang dengan aktiviti individualistik semata.

Khidmat buat masyarakat, menarik tangan masyarakat bawahan yang tertekan, terutama dalam kesempitan hidup yang menggigit ini; semuanya perlu ditingkatkan setulusnya, sebagai satu persembahan agung buat Ilahi. Sesungguhnya Allah amat mencintai makhluk yang paling penyayang pada makhluk yang lain, yang paling bersungguh-sungguh dalam memenuhi keperluannya.

Usah terlepas lagi daripada merangkul kenikmatan Ramadan yang sangat istimewa itu. Pesan saya buat diri yang sangat mudah terleka ini, walaupun Syafiqah kerap mengejutkannya. - mks._

Eksklusif: Nik Nazmi, Waris Diari Merah


Cetak E-mail
Oleh Wartawan KLpos.com
Rabu, 25 Julai 2007

APAKAH diari merah dan apakah kuasanya? Mari kita mulakan dengan persoalan asas itu terlebih dahulu. Kata empunya cerita, diari merah merupakan jadual aktiviti dan pertemuan bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Image
EKSKLUSIF... Ini kisah pewaris diari merah

Ia merupakan tradisi Anwar sejak menjadi Menteri Pendidikan lagi, bahawa beliau akan menghadiri semua pertemuan atau aktiviti yang hanya terkandung dalam diari merah.

Ada riwayat mengatakan, pada satu ketika diari itu dikongsi dua staf paling kanan tapi kemudiannya dibawah takluk seorang sahaja. Kononnya sesiapa pegang diari merah, dialah yang paling berkuasa di dalam pejabat Anwar. Kononnya.

ImageSementara kini, di kalangan tiga staf kanan Anwar, Nik Nazmi Nik Ahmad adalah yang paling senior. Beliau bersama Anwar pada Jun 2006, anak muda lulusan King's College jurusan perundangan ini sebelumnya adalah eksekutif undang-undang di Permodalan Nasional Berhad (PNB). Khabarnya, dia meletak jawatan 24 jam untuk bersama Anwar.

Kata orang, kini Nazmi yang paling berkuasa di pejabat Anwar kini. Semua yang nak jumpa big boss itu kena lalu meja dia dulu. Kononnya dia pewaris baru diari merah.

Bagi pembaca internet muda, nama Nik Nazmi Nik Ahmad tidak asing, dia editor laman web Suaraanum.com. Sebuah majalah web atau webzine daripada penulis-penulis muda yang percaya tentang perubahan. Yang mana ia merupakan editor bersama seorang lagi rakan CK Tan.

Penulis muda di zaman gelora

Ketika belajar lagi, beliau aktif menulis, samada menggunakan nama penuhnya atau nama samaran, kata seorang teman, beliau menggemari tulisan-tulisan Nazmi kerana ia penuh dengan informasi.

"Agak luar biasa rasanya bagi anak muda yang semudanya (beliau lahir pada tahun 1982) tahu akan kisah-kisah klasik Yunani dan Roman, sistem politik yang mempunyai kepelbagaian bentuk dan ideologi serta kebolehan menulis yang membuatkan pembacanya tidak cepat bosan atau keliru.

"Saya cukup kagum dengan segala 'database' yang tersimpan di dalam kepalanya. Perkara ini hanya dapat dilakukan dengan banyak membaca," kata Nizam Zakaria, seorang blogger yang juga rakan kepada Nazmi.

Image
ALL the Adviser's Men

Tidak hairanlah mengapa dia merupakan calon terbaik untuk menjadi setiausaha Anwar dikalangan anak muda. Semasa beberapa staf Anwar, diketuai Khalid Jaafar memulakan pencarian calon setiausaha Anwar pada awal 2006, saya kira ada berbagai nama disebut.

Senarainya panjang. Resume berjela-jela. Iyalah, bukan senang untuk mencari orang yang sesuai berada di jawatan tersebut. Konon ada sampai melobi sana sini untuk jawatan itu.

Jelas sebagai setiausaha Anwar, ia merupakan anak kunci untuk mengenali tokoh-tokoh hebat dunia, paling awal mengetahui move politik sang pemimpin dan partinya, juga lain-lain. Jadi ramai yang berminat dan menawar diri.

Ketika nama Nik Nazmi disebut sebagai setiausaha Anwar, semua diam, sekurang-kurangnya mereka tidak bangkang kerana tahu, anak muda ini juga bukan calang-calang pahlawan.

Sebelum menyertai Anwar, Nik Nazmi dikenali dikalangan aktivis reformasi sebagai penulis kolum di Berita Keadilan, majalah Siasah, Malaysiakini bahkan pernah rencana tulisannya tersiar di Asiaweek dan beberapa majalah antarabangsa.

Kelebihan utamanya adalah penguasaan baik di dalam bahasa Malaysia ataupun Inggeris. Dia boleh dikira intelektual muda dikalangan aktivis reformasi.

Ketika menemuinya baru-baru ini, Nik Nazmi menceritakan cabaran yang dilalui sebagai orang kanan Anwar. Menurutnya, "Kerusi ini kerusi panas, yang paling susah adalah untuk menyusun jadual boss yang sentiasa padat."

'Penyapu baru'

Jelas beliau, rutin harian di pejabat Anwar bermula jam 9.00 pagi sehingga lewat petang.

"Jika Anwar ada, selepas mesyuarat harian, dia akan bertemu dengan orang sampai jam 11.00 pagi, selalunya kami hadkan kepada empat pertemuan sehari," cerita beliau.

Kalau ada yang datang tidak buat temujanji dulu, selalunya Nik Nazmi yang terpaksa layan. Ada satu cerita yang popular dikalangan mereka yang rapat dengan staf-staf Anwar, kisah Nik Nazmi ketika bulan-bulan awal berkerja.

ImageAda seorang lelaki yang datang hendak minta tolong, Anwar tidak ada ketika itu, jadi Nazmi yang melayannya, iyalah orang baru, Nazmi layan sungguh-sungguh, tidak mahu imej bossnya tercalar. Semua yang lelaki itu cakap dia catitkan dalam buku nota.

Kata pembawa cerita, habis sebuku itu Nazmi tulis masalah lelaki itu, masih belum cukup, tambah buku baru pulak. Masalah tak selesai, lama-lama Nazmi kata dia ada kerja lain, nanti dia bagitahu Anwar. Lepas dua jam barulah lelaki itu beredar dari pejabat Anwar.

Itu hanyalah sekelumit cerita, jika anda rajin, cuba pergi ke pejabat Anwar pada hari-hari biasa, anda akan saksikan macam-macam orang datang, ada lagi satu cerita, kisah sekeluarga dari utara yang datang hendak minta tolong dari Anwar.

Mereka menaiki teksi, sampai depan pejabat bagitahu duit hendak bayar teksi tidak ada, mahu tidak mahu staf-staf Anwar yang kena tanggung, bukan sikit, dekat-dekat lima puluh juga, khabarnya.

"Itu semua suka duka kami, kita tidak boleh marah, itu menunjukkan harapan rakyat kepada Anwar tetap tinggi," katanya ketika diminta mengesahkan kejadian tersebut.

Tidak seperti Izzah yang petah berceramah, Nazmi lebih terlatih sebagai penulis, dia banyak diam ketika temubual ini dibuat, cakap apabila ditanya, terasa payah benar mengorek pendapat-pendapatnya.

Ketika ditanya pernahkah beliau dimarahi Anwar, Nazmi tersenyum, katanya, boss beliau orang politik jadi kalau hendak marahpun ada style tersendiri.

"Kalau dia telefon kita, kemudian tanya khabar, dah makan, isteri sihat, maknanya ada yang tidak kena, kejab lagi dia mula marah, kenapa salah susun jadual dan lain-lain," kata Nazmi ketawa.

Menurutnya, Anwar marah tidak lama, kejab sejuklah. Dan apabila sejuk dia tidak simpan dalam hati. Semua kembali seperti biasa.

Minat Hishamuddin Rais?

Ditanya mengenai buku terbaru yang beliau baca, kata Nazmi, dia kini sedang menekuni Confession of Economic Hit Man oleh John Perkin, dan biografi David Cameron, ketua pembangkang British.

Nazmi merupakan penulis fiksyen Jostein Gaarder yang terkenal dengan 'Sophie's World' dan 'The Ringmaster's Daughter'.

Menurut Nazmi, daya penceritaannya cukup mendalam dan imaginasinya cukup hebat.

"'Sophie's World' misalnya membawa kita berfikir dan memperkenalkan sejarah pemikiran falsafah Barat di samping suatu cerita imaginatif ala Alice in Wonderland yang cukup menarik. Juga meminati Gabriel Garcia Marquez, Orhan Pamuk dan Pramoedya Ananta Toer," katanya yang saya kutip dari temubual Nik Nazmi dengan Nizam Zakaria lama dulu.

Ada yang menarik lagi dalam temubual itu, sudah tentu ia dibuat semasa Nazmi masih belajar dan belum menjadi setiausaha Anwar, saya bercadang untuk berkongsi dengan pembaca klpos.com.

Nizam Zakaria (NZ): Katakanlah saudara terdampar di sebuah pulau di tengah-tengah sebuah lautan luas. Anda boleh pilih seorang individu yang akan menemani saudara. Siapakah individu tersebut.

Nik: Saya rasa individu tersebut Hishamuddin Rais. Beliau baru sahaja bebas dari ISA jadi pasti beliau tidak menolak percutian di sebuah pulau, kecualilah beliau menganggap bersama saya sebagai tahanan juga! Dua kali saya bersua dengannya, meskipun beliau tidak mengenali saya – di MCKK sewaktu tingkatan satu semasa beliau ingin membuat penggambaran, dan kemudian di MCKK juga ketika Hujung Minggu Murid-Murid Tua ketika saya tingkatan lima.

Saya ingin mendengar dari mulutnya sendiri kisah pengembaraannya selama 20 tahun. Beliau mungkin tidak mahu menulis otobiografi, tetapi saya sudi menjadi pencatat biografinya. Kisahnya cukup menarik dan sesuai dibikin buku dan filem; bagi sebuah negara yang kekurangan wira (memetik kata-kata Rehman Rashid) Hishamuddin Rais sebenarnya antara wira besar.

Kami meminati politik, meskipun beliau seorang Marxis sementara saya seorang Islamis. Kami juga meminati filem dan kembara. Pernah ada pengalaman berbahas di MCKK. Rasanya tiada orang lain yang lebih baik dibawa ke pulau bersama saya! Boleh berbual sampai bila-bila. Dan kemahirannya hidup sebagai pelarian 1500 hari (memetik rencananya di dalam Majalah Fantasi) tentu berguna untuk survival di pulau tersebut.

NZ: Dari penulisan saudara, saudara sendiri mengakui bahawa saudara ini berhaluan kiri. Adakah saudara mempunyai visi untuk terlibat dalam politik satu hari nanti? Jika peluang seperti ini datang, saudara ingin menjadi seorang ahli politik yang bagaimana?

Nik: Insya Allah, kalau ada peluang, memang saya ingin terlibat dalam politik, menyumbang dalam apa-apa bentuk yang perlu. Saya ingin menjadi ahli politik yang punya pendirian, berjiwa rakyat, bervisi luas dan berani membuat perubahan. Ada pepatah Arab yang menyebut, seekor kambing biri-biri tidak boleh memimpin seribu ekor singa, tetapi seekor singa boleh memimpin seribu kambing biri-biri. Itu menunjukkan kepentingan kepimpinan.

Tetapi saya ingin menjadi politikus yang menganggap politik sebagai peluang untuk menyumbang, dan bukan memperkayakan diri, keluarga atau rakan mahupun untuk menyalahgunakan kuasa. Ahli politik yang tidak terlalu lama memegang tampuk kepimpinan. Politik sebagai amanah bukan peluang peribadi.

Panjang lagi temubual itu, saya petik sedikit sahaja, hendak berkongsi cerita Hishamuddin Rais dan ketawa bersama Amin Iskandar yang sedang membaca tulisan ini.

Apapun kepada sehingga kini, Nik Nazmi adalah calon terbaik dan paling layak untuk menjadi Pewaris Diari Merah selepas lama dikuasai Azmin Ali. Mungkinkah era baru diari merah membolehkan beliau membawa bossnya ke puncak kuasa?

Kita tunggu dan lihat..

Minda Pembaca: Biarlah rakyat yang berkorban

Oleh M.F Othman

Khamis, 19 Jun 2008

APABILA ada orang bertanya kepada saya tentang kenaikkan harga minyak baru-baru ini – saya berkata ianya memang bagus dan tepat pada masanya. Memang bagus kerana dengan pengurangan subsidi ini, maknanya kerajaan kita akan mempunyai lebihan wang sebanyak lebih kurang 14 billion setahun. Memang banyak nilai 14 billion. 1 billion bersamaan seribu juta. 1 juta bersamaan - senang cerita duit RM 100 sebanyak 10,000 keping.

Kepada rakyat, apa salahnya BERKORBAN untuk PEMIMPIN. Minyak naik 70 sen je la...

Secara peribadi, dalam keadaan kerajaan kita yang begitu gigih melancarkan program untuk kesejahteraan rakyat melalui pelbagai koridor seperti ECER, NCER, WPI dan SCORE, saya merasakan kenaikkan petrol sehingga RM 2.70 masih terlalu rendah. Otak saya sentiasa berfikir, sudah cukupkah wang kerajaan dengan kenaikkan 78 sen ini?.

Saya cukup risau kalau-kalau kerajaan masih tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk mentadbir dan menguruskan negara ini dalam keadaan yang sedang cukup bermasalah sekarang samada dari segi ekonomi dan politik dan kewangan negara.

Ganjaran pengrorbanan buat RAKYAT!

Saya juga risau, kalau-kalau pemimpin-pemimpin negara kita akan dipotong gaji dan elaun mereka lebih banyak selepas ini selepas pengumuman Pak Lah elaun para menteri, timbalan menteri, TPM malah PM sendiri akan dipotong sebanyak 10 peratus. Cukuplah dengan hanya rakyat sahaja yang perlu berkorban. Mereka sebagai pemimpin tidak seharusnya melakukan apa-apa pengorbanan.

Rakyat yang memilih mereka menjadi pemimpin, maka rakyatlah yang perlu berkorban. Saya juga cukup-cukup bimbang kalau-kalau pemimpin negara yang baru sahaja kita pilih ini akan menjalani hidup yang susah ekoran kenaikkan harga minyak yang khabarnya sedang menggila ekoran spekulasi negara kecil Israel akan menyerang Iran.

Bagi saya, biarlah rakyat berjalan kaki dengan selipar Jepun sekalipun, janji pemimpin yang kita pilih tadi dapat menaiki BMW, Mercedez ataupun paling-paling teruk pun AUDI keluaran terbaru. Malah, saya amat-amat takut kalau mereka terpaksa membuka tingkap kereta untuk mengurangkan kos penggunaan petrol kerana mereka tidak perlulah melakukan tindakan senekad itu.

Bukan apa, saya takut nanti kereta mewah yang mereka naiki akan cepat rosak sekiranya banyak terdedah kepada habuk apabila tingkap dibuka. Tambah-tambah lagi habuk-haprak dari baju atau seluar rakyat kebanyakkan yang bekerja buruh seperti saya.

Sudahlah selalu pakai selekeh, bau pula begitu semacam yang boleh mengakibatkan aksesori dalaman kereta mewah mereka akan cepat berkarat sekiranya selalu sangat berada berdekatan.

Sebab itulah saya berasa tidak gembira, gemar dan seronok kalau-kalau pemimpin yang sangat kita kasihi ini selalu bercampur-gaul dengan rakyat kebanyakkan kerana mungkin baju, seluar atau topi berjenama - yang berharga ribuan ringgit yang selalu mereka pakai akan sama berbau sebagaimana bau rakyat kebanyakkan.

Dan ini adalah amat bahaya sebenarnya kepada masa depan politik mereka kerana ianya secara langsung boleh menyebabkan mereka tidak lagi akan mendapat undi selepas ini terutamanya dalam menghadapi PRU ke 13 nanti.

Saya juga amat bimbang kalau-kalau isteri-isteri pemimpin kita selepas ini tidak lagi dapat membeli pokok-pokok bonsai yang berharga RM1 ribu setiap satu selepas kenaikkan harga minyak atau dapat membeli aksesori-aksesori rumah yang kosnya bersamaan dengan gaji selama berpuluh-puluh, malah beratus-ratus tahun bagi rakyat kebanyakkan atau rakyat biasa.

Sebab itulah RM 2.70 nilainya terlalu kecil sahaja. Malah saya merasakan nilai RM 5.55 sen seliter adalah paling berpatutan. Kenapa saya memilih angka 555?. Mudah sahaja kerana bunyinya kelihatan seperti buku 3-5. Maksudnya rakyat akan selama-lama nya hidup dalam keadaan yang sentiasa berhutang.

Kalau negara pengeluar Minyak seperti Venezuela boleh memberikan rakyatnya sebanyak 16 sen seliter, saya merasa amat kasihan dengan pemimpin mereka. Otak saya ligat berfikir ‘mungkinkah negara mereka akan bangkrap kerana memberikan rakyatnya 16 sen seliter?.

Mungkinkah pemimpin negara mereka akan menjadi miskin atau dapatkah nanti isteri-isteri mereka dapat membeli bonsai yang berharga RM 1 ribu atau lebih?. Mampukah negara mereka melaksanakan projek sebagaimana projek kebanggaan negara kita seperti ECER, NCER, WPI atau SCORE kalau mereka terus berdegil menjual minyak 16 sen seliter?

Saya menjadi begitu marah kepada negara Venezuela. Aparaaaa U ni Venezuela….Begitu juga dengan negara Iran yang menjual petrolnya sebanyak RM 0.29 sen seliter. Nigeria – RM 0.32 sen seliter. Arab Saudi RM 0.38 sen se liter. Kuwait RM 0.67 sense liter. UAE RM 1.19 sen seliter. Mesir RM 1.03 sen seliter. Brunei RM 2.03 sen seliter dan akhirnya Malaysia RM 2.70 sen se liter.

Yang menariknya –semua negara ini adalah pengeluar minyak yang aktif dan bukan sebagaimana Thailand, Indonesia ataupun Singapura yang bukan merupakan negara pengeluar minyak. Namun ketiga-tiga negara ini terpaksa menjadi ‘kambing hitam’ apabila selalu sahaja dijadikan perbandingan oleh Pak Lah dan konco-konconya setiap kali harga minyak dinaikkan.

Sebab itulah pada hemat saya, biarlah rakyat sahaja yang pecah kepala otak berfikir bagaimanakah caranya, bukan sahaja untuk menjimatkan petrol malah jimat segala-galanya.

Ihsan : KL Pos

Fikir-fikirkanlah





Apakah wajar di kala ini keraian untuk orang-orang besar sama ada sultan atau menteri begitu mewah? Makanan yang dihidangkan untuk mereka, harga satu meja kadang-kala boleh dimakan oleh ratusan rakyat bawahan. Karpet yang dipijak oleh mereka harganya ribuan bungkusan nasi yang dimakan oleh 'orang biasa'.


(Gambar sekadar hiasan, PEMBUKA SELERA sempena RoadTour PROTES! Jangan lupa raikannya, ya.)

Dr Mohd Asri Mufti Perlis
p/s : Ihsan Harakahdaily

Peluru Hidup

Nampak gayanya negara kita Malaysia mungkin akan menjadi juara tidak lama lagi. Ini kerana anggota keselamatan telah, sedang dan akan bersedia untuk menggunakan peluru hidup untuk menyuraikan mana-mana demonstrasi umum. Ini telah dibuktikan dengan kejadian yang berlaku di Batu Burok Terengganu dimana dua orang peserta demonstrasi telah ditembak dengan peluru hidup sehingga dimasukkan ke wad kecemasan.

Istilah peluru hidup adalah bersangkutan dengan mana-mana peluru (.22, .38, .357, .44, .45, 9MM, 5.56MM atau 7.62MM) iaitu mana-mana peluru yang biasa digunakan oleh anggota keselamatan sama (unit pejalan kaki) sama ada dari material plumbum atau timah bersalut tembaga. Jenis-jenis peluru hidup ini sememangnya ada dalam simpanan serta kegunaan anggota keselamatan. Ianya berlainan sekali dengan istilah peluru getah yang biasanya diperbuat daripada komposit khas yang boleh beroperasi dalam suhu -50 darjah Celsius sehingga 100 darjah Celsius. Peluru getah biasanya bersaiz 7.62MM, .50 Kaliber atau 12 Gauge (peluru penabur).

Oleh kerana anggota keselamatan kita jarang mendapat peluang untuk melepaskan tembakan (semasa beroperasi) sehinggakan ada anggota polis yang sepanjang hidupnya tidak pernah melepaskan tembakan selain dari masa latihan atau pertandingan. Oleh yang demikian, tindakan menggunakan peluru hidup dalam menyuraikan peserta demonstrasi telah memberikan peluang untuk anggota Polis mengadaptasi penggunaannya. Untuk pengetahuan semua, biasanya anggota keselamatan anti rusuhan dibekalkan dengan cota (besi atau kayu) siap dengan perisai komposit serta pad keselamatan pada lutut, siku dan bahu serta ada yang memakai baju kalis peluru.

Untuk itu adalah digalakkan kepada anggota Polis agar pada setiap masa menyuraikan peserta demonstrasi menggunakan peluru hidup dan menembak kepada mana-mana peserta yang mereka rasakan perlu untuk ditembak.

Jika pada setiap kali demonstrasi diadakan ada yang akan menjadi mangsa tembakan peluru hidup, saya rasa pada akhirnya tiada siapa yang akan berdemonstrasi kerana takut menjadi mangsa peluru hidup. Secara otomatisnya tidak pihak yang akan menganjurkan demonstrasi dimasa akan datang.

Kepada anggota keselamatan, saya ingin nasihatkan anda untuk menembak pada bahagian badan yang kritikal (dada atau anggota sulit) setiap kali anda melepaskan tembakan. Dengan cara ini, akan kuranglah peserta demonstrasi yang ingin menjadi juara pada setiap masa. Namun semua ini hanyalah boleh digunakan pada siri-siri demonstrasi yang dianjurkan mana-mana parti pembangkang, penduduk setinggan atau para pekerja yang berpiket.

Anda sama sekali tidak wajar menggunakan perkara yang sama (menembak dengan peluru hidup) pada mana-mana siri demonstrasi yang dilakukan oleh para penternak babi dan sebagainya. Ini kerana penternak babi akan menggunakan babi sebagai perisai mereka dan ini akan mencederakan atau membunuh babi sekiranya anda menggunakan peluru hidup. Untuk kes ini, anda digalakkan menggunakan senjata “Paintball” untuk mengurangkan risiko babi cedera atau mati.

Oleh itu kesimpulannya ialah;

1. Peluru hidup perlu digunakan untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan parti pembangkang, para pelajar, penduduk setinggan, piket kesatuan sekerja atau mana-mana perhimpunan yang anda (Pihak Keselamatan serta Kerajaan) klasifikasikan sebagai merbahaya waima ianya dibuat oleh kanak-kanak sekolah. Mana-mana rundingan tidak perlu diadakan dengan penganjur demonstrasi dan tidak perlu penjelasan serta pampasan diberikan kepada pihak yang tercedera.

2. Peluru getah atau peluru cat (paintball) perlu digunakan (dengan mendapat kelulusan khas) untuk menyuraikan demonstrasi yang dianjurkan oleh para penternak babi dimana-mana lokasi di Malaysia. Jika boleh adalah perlu untuk diadakan rundingan secara baik dengan para penternak babi dan tidak sama sekali boleh digunakan penyelesaian secara kekerasan. Malah pampasan perlu disediakan jika terdapat mana-mana babi yang tercedera atau mati atas sebab demonstrasi ini.

p/s: Sinikal ketuaperusuh.wordpress.com

Marhaban Ya Ramadhan, ('',)


Apakah yang terlintas di fikiran kita apabila muncul bulan Ramadhan? Ibadah atau amalan semasa berpuasakah, persiapan raya atau lainnya? Jarang kedengaran di kalangan umat Islam membuat persiapan ibadah untuk menyambut bulan Ramadhan seperti membeli telekong baru, songkok atau sejadah khusus untuk digunakan beribadah sepanjang Ramadhan. Begitu juga ulangkaji tentang ibadah-ibadah yang akan dilakukan. Terdapat pula di kalangan kita yang tidak senang dengan kehadiran bulan ini. Bulan ini benar-benar membebankan bagi mereka. Mungkin kerana sebahagian aktivitinya tidak dapat dilakukan seperti biasa. Masih terdengar lagi kata-kata ustaz atau tok-tok guru, Ramadhan bulan rahmat dan keampunan, bulan ganjaran, pahala berlipat ganda, bulan mendisiplinkan diri dan berbagai lagi. Bagi orang yang beriman, bulan Ramadhan sentiasa ditunggu dan dirindui kerana mengharapkan peluang mendapat rahmat dan keampunan ALLAH. Tetapi bagi yang kurang beriman, Ramadhan itu benar-benar bulan menyiksakan. 30 hari dirasakan 30 tahun. Ini kerana mereka tidak bebas untuk makan dan minum di khalayak ramai. Bulan Ramadhan adalah bulan paling istimewa kedudukannya kerana selama sebulan penuh bermula dari hari pertama hingga hari terakhir bulan ini dikenali sebagai bulan ibadah. Apa sahaja yang dilakukan dalam bulan ini dikira ibadah hatta tidur pun dikira ibadah. Tetapi dengan syarat niat tidur kerana Allah seperti tidur siang dengan harapan dapat bangun malam untuk melakukan qiamullail. Bulan Ramadhan menjadi pengukur keimanan seorang hamba ALLAH sebab peraturannya yang wajib dilaksanakan benar-benar mencabar fitrah semula jadi atau naluri manusia yang sentiasa ingin makan dan minum. Begitu juga dengan larangan bercampur suami isteri di siang hari, serta menjauhi segala perbuatan yang membatalkan puasa. Sakit pula seperti gastrik contohnya, sering dijadikan alasan untuk meninggalkan ibadah puasa yang wajib dilaksanakan selama sebulan sedangkan ALLAH SWT telah memberi kita ruang yang cukup luas iaitu 11 bulan dalam setahun untuk makan dan minum sepuas-puasnya. Di samping itu, perlu dijelaskan bahawa walaupun sakit mereka mesti berazam dan berusaha untuk berpuasa. Bukan bila sakit sahaja terus meninggalkan puasa. Hatta orang yang terlalu tua dan lemahpun mereka mesti tanamkan semangat dalam dirinya, wajib berpuasa sekadar kemampuan yang boleh walaupun setengah hari. Sesungguhnya pahala puasa dan amalan-amalan di bulan Ramadhan adalah jauh lebih baik dari bulan-bulan yang lain. Oleh itu tidak wajar kita meninggalkan puasa kerana sakit. Semangat atau daya juang yang tinggi boleh mengatasi rasa lapar. Inilah dinamakan jihad untuk melawan hawa nafsu. Kalau kita rasa tidak boleh laksanakan puasa sudah tentu tidak boleh puasa. Dalam hal ini jangan berbuka puasa kecuali sakit yang boleh memudharatkan diri. Dari segi kesihatan, puasa dapat merehatkan penghadaman yang bekerja selama 11 bulan tanpa henti. Menurut pakar kesihatan bagi pengidap penyakit seperti kencing manis dan darah tinggi puasa bulan Ramadhan boleh menjadi ubat yang paling mujarab untuk mengubati penyakit tersebut. Oleh yang demikian, setiap individu Muslim perlu menerima tanggungjawab berpuasa sebagai suatu amalan positif yang dapat meningkatkan ketahanan fizikal, spiritual dan mental.

PERKAHWINAN

Berkahwin itu menjanjikan pahala tidak putus-putus bagi yang menjadikannya gelanggang untuk
mengukuhkan Iman, mencintai Tuhan dan menjadikan Syurga sebagai matlamat. Berkahwin itu
sempadan dari ketidaksempurnaan insan kepada kesempurnaan insan-bagi yang mengetahui
rahsia-rahsianya. Berkahwinlah anda demi Tuhan dan Nabi-NYA, bukan berkahwin kerana perasaan dan mengikut kebiasaan. Jodoh usah terlalu dirisaukan, tiba masanya ia akan datang menjemput,
namun perlu juga anda membuka lorong-lorongnya agar jemputan itu mudah sampai dan tidak terhalang.
Seorang teman pernah berpesan, "Kadang-kadang ALLAH sembunyikan matahari. Dia datangkan petir
dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya ke mana hilangnya sinar. Rupa-rupanya ALLAH nak
hadiahkan kita 'pelangi'.

p/s : Moga dipermudahkan-NYA.

MARHABAN YA RAMADHAN

Solat Tarawih

Majlis Tadarus al Quran

Jom, bersama meriahkan Ramadhan al Kareem. Moga madrasah Ramadhan menjadi medan tarbiyyah unggul buat diri ini, Insya ALLAH.

Buku Kekasih

Adat orang berkasih
Tika berjauhan gundah gulana
Menghitung waktu bilakah dapat bersua.
Kala di sisi, segenap jiwa bernyanyi ria.
Kekasih hadir mengubat banyak perkara.

Begitu ibaratnya jika buku menjadi kekasih.
Sentiasa mengerti dan memberikan harapan.
Acap kali manusia dikecewakan sesama manusia
Tetapi buku tidak pernah mengecewakan
Walau bagaimana sekalipun `dia’ dilayan.
Dia kekasih abadi bagi yang mengerti.

p/s : Petikan daripada Buku Kekasih. 'Kekasih' disini bukan bermaksud sidia, namun merujuk kepada mereka yang KASIH kepada buku, kepada 'Ilmu. Jangan salah faham ya!

AKU, KAU BERBEZA...AKU, KAU ISTIMEWA...

LELAKI Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang ditanggung oleh bapanya.

Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN?


Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggung jawab ke atasibunya dan sekiranya dia tidak menjalankan tanggung jawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua, manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya. BERATKAN??

Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri boleh membantu. Haram bagisuami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini.

Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak dibayangkan beratnya dosa-dosa yang ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang perempuan lebih panjang daripadalelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan beratnyadosa-dosa yangditanggung (ikut kajian laa..)
Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi perempuan. Begitulah kira-kiranya. WANITA : Auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki. Perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak sebaliknya. Saksinya kurang berbanding lelaki. Menerima pusaka kurang dari lelaki.
Perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
Wajib taat kepada suaminya tetapi suami tak perlu taat pada isterinya. Talak terletak di tangan suami dan bukan isteri. Wanita kurang dalam beribadat kerana masalah haid dan nifas yang tak ada pada lelaki.

Pernahkah kita lihat sebaliknya??



Benda yang mahal harganya akan dijaga dan dibelai serta disimpan ditempat yang tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dengan seorang wanita.

Wanita perlu taat kepada suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya . Bukankah ibu adalah seorang wanita ?
Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya , manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya untuk menyara isteri dan anak-anak.

Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahidkecil. Manakaladosanya diampun ALLAH (dosa kecil).

Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita :

1. ibunya ,
2. isterinya ,
3.anak perempuannya , dan
4. saudara perempuannya.

Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini :
1. suaminya,
2. ayahnya,
3. anak lelakinya dan
4. saudara lelakinya .


Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dengan 4 syarat sahaja :
1. sembahyang 5 waktu
2. puasa di bulan Ramadhan
3. taat suaminya dan
4. menjaga kehormatannya .


Seorang lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala orang pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata. MasyaALLAH...sayangnya ALLAH pada wanita ....

Seorang wanita adalah pelengkap dan sememangnya istimewa di sisi seorang lelaki , tetapi ingatlah wahai lelaki...kamu sebenarnya adalah istimewa disisi Allah, maka dengan sebab itu DIA mengangkat kamu menjadi pemimpin...maka dengan keistimewaan itu, JAGALAH dan HARGAILAH wanita sebaik-baiknya...supaya kelak masing2 lelaki dan wanita dapat pulang mengadap Allah dalam keadaan istimewa disisiNYA..

"Berpeganglah kamu sekelian dengan tali Allah dan janganlah kamu berpecah-belah, dan ingatlah nikmat Allah atas kamu, seketika kamu bermusuh-musuhan telah dipersatukanNya hati kamu semuanya, sehingga dengan segera kamu telah menjadi bersaudara dengan sebab nikmatNya.(Ali-Imran:103)

Pada hari itu (hari qiamat) manusia diberitahu akan segala yang telah dikerjakannya dan yang telah ditinggalkan. Bahkan manusia itu, anggotanya menjadi saksi terhadap dirinya sendiri, walaupun diaberperi-peri memberikan alasan untuk membela diri "

Ihsan - SZH

..banyak yang terTANGGUH..

Salamun'alaik.

Banyak peringatan yang sepatutnya dipost ke blog tertangguh! Semacam sudah tidak peduli kepada masa.

i. Tarikh yang paling diINGATI dan sepastinya tidak akan dilupakan, 2 JUN 2007M bersamaan 16 Jamadil Awal 1428H. Moga dalam rahmat ALLAH sentiasa, ameen.

ii. 16-17 JUN 2007M, Kem Motivasi PAKSI, Ecotouria Resort, Sungai Congkak, Hulu Langat Selangor.

Nanti kita kongsi la.

Wassalam.

Sepintas Lalu


5 Mei


Dapat mesej pesanan ringkas daripada seorang sahabat;
'Minta nta sampaikan KD berkenaan Jihad dan Pengorbanan dalam Amal Islamie'

Malam tersebut bergegas ke tempat kejadian.
Fisabilillah.

6 Mei

Pulang, pagi dalam keadaan hujan yang luar biasa lebat.
Sampai, kuyup dan kesejukkan.
Moga dikira sebagai amal soleh.

Jam 10.00 pagi, bersama sahabat bertolak ke Kuala Pilah dan petangnya ke Port Dickson.
Sampai TSS jam menunjukkan hampir 9.00 malam.

Aduh, letihnya...

Ingin jadi Nasrullah


Ingin jadi Nasrullah
(FAISAL TEHRANI)

Bukan puisi perang
bukan juga puisi keamanan atau
segala yang seerti dengan perdamaian
biar kita bicara dengan kejujuran
tanpa retorik atau kidung syahdu
bertangisan
sekali ini biar kita jadi penyair
dengan bom peledak, roket atau senapang
kita anggaplah dunia
tak akan kembali lagi
menjadi syurga buat merpati,
kita tulis puisi
tentang kemanusiaan yang sudah mati
tak ada harapan bangun lagi.

Jadi puisi aku ini akan bercerita tentang juang,
Apa rahsiamu Nasrullah?
Apa yang kau pupuk
pada tentera Hezbullah?
Tauhidmu sekamus dengan tauhidku
selawatmu tak juga asing daripada selawatku
jadi bagaimana kau menjadi si pemberani itu?

Sungguh darah al-hussein
mengalir merah
setiap harimu 'Asyura
setiap inci tanah buatmu Karbala
tidak ada ibu selain Fatimah
tidak ada Amir selain Ali
setiap tanah adalah Fadak
wajib kita tebus kembali.

Labaikka Ya Nasrallah,
Komander Imam Mahdi,
izinkan aku bersama tenteramu
andai kau ragu aku dengan peluru
mengibar bendera memadai buatku,
menuju ke Khaibar dengan teriak selawat,
doa Ahlul Bait yang menyengat
nanti kalau ditakdirkan aku mati
di medan itu,
orang akan tahu
bahawa aku bukan penyair Saqifah
aku juga tak malu menjadi Rafidhah
kita semua bangga, malah ingin turut serta
ingin jadi Nasrullah
jadi anggota parti Allah.

Tenom-Kota Kinabalu-Kuala Lumpur (2-4 Ogos 2006).

p/s : Jom, bangkit!

..pesanan seorang teman...

..kita perlukan kesabaran jiwa, ketajaman minda, keterbukaan fikiran dan kebersihan hati..

salamun'alaik.

moga bermanfaat

PBAKL 2007M/1428H

Pesta Buku Antarabangsa KL 2007





Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2007

27 April hingga 6 Mei 2007
Isnin hingga Khamis
(10.00 am- 7.00 pm)
Jumaat hingga Ahad; Cuti Umum
(10.00 am- 10.00 pm)
Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC)

p/s : Jom pi! Harap berpeluang bertemu mata dengan FT. Dengar khabar beliau akan berada di tapak pesta pada 5 dan 6 Mei. Takkan lepaskan peluang!

...jom kongsi...

Bagi mengubati kesedihan kehilangan jaket kesayangan, jom kita kongsi sesuatu yang bermanfaat. Antara Pra-Syarat Kemenangan yang diperlukan dari sudut pembangunan diri ialah:

I - Mempunyai AQIDAH yang mantap
II - ILMU yang sentiasa berkembang
III - KEJIWAAN yang tinggi
IV - DAYA JUANG yang tinggi


Majlis berbuka puasa bersama sahabat

Moga bermanfaat ya. Wassalam.

HILANG!

Salamun 'alaik.

Aduh! Selesai sahaja kuliah. Terus bergegas ke tempat parkir berhampiran Surau anNur. Tidak!!! Jaket hijau kesayangan hilang diambil orang. Tuhan, dugaan berganda. Bantu hamba MU. Jika dia sudi memulangkan kembali, alangkah baiknya.

p/s : Moga ada hikmah besar disebaliknya.