TAHUN BARU TANPA ISA, 2009

HAPUS ( ISA )
Tahun Baru Tanpa ISA


Dewan Pemuda PAS Pusat yang telah bermesyuarat pada hari sabtu 11 . 10 . 2008 di Taman Melewar memutuskan satu bantahan dan desakan agar pihak Kerajaan UMNO dan BN segera membebaskan tahanan ISA.

Mesyuarat DPPP telah membentuk satu jawatan khas yang ketuai oleh Ustaz Azman Syafawi dan timbalannya sdr. Abdullah Karim.

Turut diputuskan ialah satu bantahan besar - besaran ( Himpunan Raksasa Menghapuskan ISA : HAPUS 09' ) akan dianjurkan pada :

10 January 2009 :
Tema : Tahun Baru Tanpa ISA .

Sejurus selesai Mesyuarat DPPP , Jawatan Kuasa Khas HAPUS ISA 09' terus berbincang dan merancang beberapa aktiviti dan road show ke seluruh negara sebelum menjelang 10 January 09' kelak .

Antara yang telah diputuskan ialah tarikh 2 November 09' akan diisytiharkan sebagai hari pelancaran HAPUS ISA 09' di Dataran MPAJ Selangor dengan mengedarkan sticker , t - shirt dan lain - lain . Pelancaran HAPUS ISA 09' akan disempurnakan oleh Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang , Dato' Seri ANwar Ibrahim dan Lim Kit Siang .

Jawatan Kuasa HAPUS ISA 09' akan mengatur road show ke seluruh negara bagi memberi kesedaran sekali gus menyuntik semangat agar semua insan bangkit membantah undang - undang draconian yang masih diamalkan di negara kita ini sekaligus bermaksud untuk mobilisasi ummah agar mereka juga bangkit dengan segala keinsafan untuk menghapuskan ISA.

Tahun 2009 : Tahun Tanpa ISA

Ihsan daripada Ustaz Nasrudin Tantawi

0 comments: